PERMUAFAKATAN TERAS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
'.....banyak maklumat yang telah pun saya kumpul selama ini, ramai orang Labuan rasa kurang berpuashati tentang taraf pejabat pelajaran yang dikatakan diturunkan daripada Jabatan Pelajaran. Dan oleh itu saya nak umumkan akan keputusan.... kita kembalikan semula taraf Jabatan Pelajaran W.P.Labuan'.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Pelajaran
22 Julai 2010.
'....akhirnya usaha semua pihak telah membuahkan hasil dan semoga murid-murid di wilayah bertuah ini terus mendapat peluang seluas-luasnya dalam bidang pendidikan'.
YB Datuk Hj Yussof bin Hj Mahal
Ahli Parlimen P166 Labuan
Tahniah atas pengembalian status jabatan. Ini adalah berkat usaha jabatan dan pemimpin masyarakat di Labuan. Semoga dengan status jabatan ini dapat mengembangkan modal insan di Wilayah Persekutuan Labuan.
YB Senator Datuk Hj Yunus bin Hj Kurus
Ahli Dewan Negara.
'...pengembalian status negeri merupakan titik tolak ke arah memartabatkan kecemerlangan kualiti pengurusan dan pendidikan bagi meningkatkan prestasi guru dan murid-murid sekolah Labuan. Ia dicapai melalui usaha bersepadu dan pemuafakatan pelbagai pihak dengan pasukan bermaklumat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi suci pendidikan Labuan...'
Y.Bhg. Tuan Hj Mohd Zaki Bin Mohd Yusof
Mantan Pengarah JPWPL (2007-2010).
'...setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin yang telah memperjuangkan pengembalian status Jabatan Pelajaran Labuan sebagai sebuah Jabatan Pelajaran Negeri. Kehadiran saya sebagai penikmat pertama hasil perjuangan anda. Diharapkan agar semangat dan hasil perjuangan tersebut terus dihayati dan dihargai oleh pendidik dan anak didik di Wilayah Persekutuan Labuan ini buat selama-lamanya...'
Y.Bhg Puan Mistirine Binti Radin
Pengarah JPWPLabuan.
'22 Julai sejarah tercipta, tidak terlahir kata, tidak terluah rasa, satu harapan kita bawa, Jabatan Pelajaran Labuan kekal bertakhta, semoga kecemerlangan terus menjadi milik kita bersama...'
Mohd Salekhan Bin Othman
Bekas Ketua Sektor SKPP, JPWPLabuan.
'...semua urusan yang berkaitan dengan kebajikan murid dan proses pembangunan modal insan dapat ditangani dengan segera, Insyaallah..'
Tuan Haji Salamat Bin Daliman
Ketua Unit Hal Ehwal Murid, JPWPLabuan.
'Pengembalian status memberi peluang untuk mendidik dan melahirkan anak tempatan sebagai modal insan yang setaraf dengan negeri-negeri lain seterusnya merealisasikan hala tuju dan harap menjadikan Labuan sebagai sebuah wilayah maju dan sejahtera menjelang tahun 2015...'
Tuan Haji Alias Hussin
Bekas Pengerusi Ketua-Ketua Kampung.
'...saya sangat terharu dan berbangga apabila Timbalan Perdana Menteri mengembalikan status Jabatan kepada Jabatan Pelajaran Labuan.Semoga pendidikan di wilayah tercinta ini terus maju. Terima kasih TPM.
Encik Yusup Bin Hj Mohamad
Pengerusi Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah, Labuan.
'..W.P.Labuan kembali berstatus JPN Negeri adalah bukti kesepakatan dan kesepaduan hasil perjuangan warga pendidikan khasnya dan rakyat Wilayah Persekutuan Labuan. MGB Labuan yakin usaha berterusan ke arah kecemerlangan JPN secara total akan menjadi realiti, Insyaallah...'
Encik Abdol Sappar bin Ag Damit
YDP Majlis Guru Besar, Labuan.
'...saya menaruh harapan yang tinggi supaya pencapaian sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan dalam segenap bidang akademik dan no akademik, disiplin dan adab sopan akan terus meningkat mengikut keperluan zaman. Malah saya juga berharap semua golongan masyarakat bersatu memajukan bidang pendidikan hingga ke taraf dunia...'
Tuan Haji Othman Bin Mahali
Pengerusi Persatuan Pesara Guru Malaysia Cawangan Labuan.
No comments:
Post a Comment