Sunday, August 21, 2011

REHAT DI WAD QEH - 14 HINGGA 19 OGOS 2011

Perjalanan balik dari KK ke Labuan ....naik Boeing


setelah keluar wad....menginap pulak di Imperial International Hotel KK.

3 malam di Hospital Queen 1 dan 2 malam di Male Medical Extension Ward Bukit Padang
(QEH sedang dalam pembinaan dan mana2 pesakit yang kritikal ditempatkan di QEH1 dan pesakit dalam proses pemulihan dihantar ke Extension Ward Bukit Padang, selain itu adalah pesakit yang ditempatkan di SMC dan Kepayan serta Hospital Likas untuk ibu2 bersalin....mungkin apabila QEH sudah siap sepenuhnya barulah pesakit2 akan menikmati keselesaan yang maksimum).

Menginap di Hotel Horizon KK.....tak sempat bermalam di bilik ini......sebab malamnya kena tidur di wad Hospital QEH....siapa sangka? inilah yang dikatakan ALLAH saja yang Maha mengetahui.......


Perjalanan dari Labuan ke KK...naik MAS WING


Pada 14 Ogos 2011, bertolak ke Kota Kinabalu dengan MAS WING jam 9.10 pagi. Menginap di Hotel Horizon KK (hotel yang baru dibuka 2 bulan) berhampiran dengan bangunan Mahkamah. Jam 5.00 petang ke Poliklinik cari ubat batuk dan ubat selesema. Singgah beli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. 6.00 petang naik ke hotel berehat sambil menunggu masa berbuka (sungkai). Beberapa minit sebelum sungkai batuk semakin teruk dan nafas terasa pendek2 dan semput. Setelah berbuka dengan air, mohon bantuan kakak ipar untuk ke Hospital...emergency. Setelah dirawat....terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.....ada jangkitan di paru-paru.....patutlah asyik batuk tak henti2. Tinggallah di wad selama 5 malam. 19 Ogos keluar dari Hospital dan menginap di Imperial Hotel, KK dan 20 Ogos balik ke Labuan bertolak jam 4.10 petang. Alhamdulillah.....semakin pulih tetapi tak ada pulak selera makan....mulalah gastrik menyerang....mujur ada ubat gastrik. Masih tak selera makan nasi dan sebagai ganti belilah susu ensure agar badan tidak kehilangan nutrient. Betapa nikmat masa sihat apabila kita menghadapi masa sakit.

No comments:

Post a Comment